Friday 30 September 2011

Tambah Ilmu Siri 3

Hai,

sambung untuk siri ke-3 plak.  kalo sebelum ni pi amik kelas cuppies n choc, pastu saya sambung amik full class untuk cake bersama kak zai. seronok sangat... rasa kelas intensif 3 hari tu cam tak cukup untuk blajar macam2 kek n cara nak deko cake. terkejar2 nak siapkan semua.... adussss..... rugi plak rasanya amik 3 ari camtu untuk blajar smua. pasti ada yg tercicir.

walau camanapun, saya tetap rasa gumbira, kerana banyak benda yg x tau, dah tau... terima kasih pada kak zai sebab sudi berkongsi ilmu ngn saya. rasanya banyak lagik perkara yg kena berguru ngn kak zai nih!








so, silalah cuti mata untuk melihat hasil kerja saya.

Tambah Ilmu Siri 2

Salam petang Jumaat,

Sebelum ni, saya dah story mory bab tambah ilmu siri pertama iaitu belajar buat cuppies ngn kak fina. Selepas dari itu, saya terus menimba ilmu dengan Sal, cikgu coklat pula di Batu Gajah. Rasa seronok sangat sebab dapat belajar buat coklat. Ingatkan selama ni susah nak buat coklat... rupanya senang bangat seh!

Tidakla sesusah mana pun, kerana skg ni, coklat untuk buat coklat dah ada jual siap2 kat kedai bakery. Selama ni saya ingat, nak buat coklat, guna apa2 coklat pun bleh... saya pernah try guna coklat masakan... ahahhaha..langsung tak menjadi..... Itulah jadiknya kalo cetek ilmu di dada... saja nunjuk pandai!

Alhamdulillah..bermula dari pagi sehinggalah lewat senja, akhirnya saya berjaya dengan jayanya kelas membuat coklat nih! Banyak coklat dapat bawak balik ke rumah.. siap bolah bawak ke sekolah keesokkan harinya. Kawan2 dapatla merasa...... Best2x!



Akhirnya..jumpa jugak!

Salam Jumaat semua,

Hari ni, saya xpi kerja, gara-gara, malam tadi baru tersedar anak dara saya terkena chicken pox. Belek2 badan dia, masa pukul 9 lebih malam tadi, nampak ada 3-4 bintik jek... Menjelang tengah malam, dalam pukul 3 lebih, subuh tadi, saya tengok dah banyak yg kluar kat kawasan tengkuk, bawah dagu, muka n belakang telinga. Sian tengok dia, baru jek baik dari kena virus batuk2.. dah terkena chicken pox plak. So, hari ni, saya amik cuti, jaga anak kesyangan saya tu. Nasib la dia tak banyak kerenahnya....

Dalam pada tu, saya pun menggode2 laptop saya ni nak mencari kat mana saya simpan gambo2 cupcakes time blajar ngn kak fina dulu... seingat saya, memang saya ada amik gambo cupcakes tu bila dah balik rumah.... tapi di mana ya? (gaya Yaasin). Cari punya cari punya cari.... akhirnya, jumpa jugak gambo cuppies saya yg x seberapa cantik tu.... (malu2x).

Thursday 29 September 2011

Tambah Ilmu Siri 1

Saya sebenarnya memang minat sangat dengan kerja2 seni...bagi saya masak2 ni pun salah satu cabang seni kan! Dah lama sangat teringin nak attend mana2 kelas baking.... tapi xde kesempatan, xde peluang, keadaan kewangan yang tak mengizinkan, kelas jauh2, dan macam2 alasan yang timbul masa tu...

Nak dijadikan cerita, one day, saya surf blog2 cupcake... then terjumpalah blog kak fina, yang kebetulan membuka kelas basic cupcake... saya rasa excited, dan bertambah excited lagik, bila tempat kak fina tu dekat jek ngn area saya, so saya terus call kak fina n booking kelas cupcake bersama dia.

Bila sampai tarikh yang ditunggu2, akhirnya dengan jayanya saya tamat belajar kelas basic cupcake bersama kak fina serta 3 orang rakan baru...seronok sangat rasanya. Tapi syang, xde gambar kenangan dari kelas kak fina dirumahnya.

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum semua,

Ni 1st time buat blog untuk bisnes. Harap2 mendapat sokongan dari semua.... Kalo berminat dengan produk Moon, silalah order yek....

terima kasih daun keladi,
kalau sudi, jengah-jengahlah blog ku ini,
bolehlah order jika ada yang berkenan di hati,
dengan senang, saya terima berkali-kali!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sweet Bite Enterprise Template by Ipietoon Cute Blog Design