Saturday, 19 November 2011

Aktiviti Bulan Oktober, 2011

Salam again,

Yang ni tempahan dari kawan lama saya, saya dah anggap cam akak saya la.. tempat saya sama2 kongsi cerita suka duka kehidupan...

Kek ni ditempah sempena hari lahir anak perempuannya yang ke 11 tahun... dan di'combine'kan dengan meraikan anak perempuan yg berumur 15 tahun tamat peperiksaan PMR...


Ni la cmc 1/2 adunan untuk Kak ani. Ramai org kata x berbaloi buat 1/2-1/2 ni.. x balik modal. Ntahla bagi saya, yg penting saya seronok membuatnya dan mendekonya walaupun masih tak mahir.
Hat ni, saya jual pada harga cuma RM25 jek.. org kata murah sngt... ntahla jugak.. saya masih kabur tntg cara menentukan harga kek ni....

Ahirnyaaa, dapat jua meng"update"

Salam semua,



Dah lama x update blog. Bulan-bulan yg terlalu sibuk untuk menceritakan apa yg berlaku sepanjang 2 bulan terakhir sebelum cuti sekolah bermula... x menang tangan rasanya.... sampaikan lagik 2 ari nak cuti sekolah, badan dah mula sakit2... tekak, hidung, mata pun dah terasa lain macam... macam nak kena demam... demam urat rasanya! Terlalu mem"push" tubuh badan untuk melangsaikan segala kerja....

Syukurlaa...cuti sekolah dah mula ari ni.. baru dapat merehatkan minda dan badan.... lega yg amat sangat! Ari ni keje saya upload gambar2 tempahan cake kat fb. Dan sekarang saya nak kemas kinikan plak blog ni.... lama sungguh terabai...

Jadi, dalam tempoh 2 bulan terakhir ni, saya banyak menerima tempahan dari kawan sekerja untuk pelbagai majlis dan makan2 sendiri... Syukur Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah berikan kepada saya. Dengan bantuan cik suami, dapat jua akhirnya saya menyiapkan segala tempahan dari rakan2... Kalo xde cik suami, harus pengsan tercekik buttercream jawabnya saya nih.... ehehehehe....

Boleh kata dalam tempoh 3 minggu terakhir sekolah, saya kerap dtg agak lewat skit ke sekolah. Orang masuk 7.30 pagi, saya masuk kul 7.45-7.50 pagi... uishh..teruk betul pengurusan masa saya ni...sian kat anak2, depa pun turut terlibat sampai lewat ke sekolah. Nasib baiklah minggu2 terakhir sekolah tu dah x blajar sngt... cikgu pun semuanya sibuk... banyak yg x masuk kelas...

Oklah, saya stop kat sini.. sila lah cuci mata untuk hasil tangan kerja saya selama 2-3 bulan ni.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sweet Bite Enterprise Template by Ipietoon Cute Blog Design