Wednesday, 12 October 2011

Carrot Cake

Holaaa semua...
Ok,kali ni saya nak share plak resepi carrot cake yg saya buat.

RESEPI CARROT CAKE
(mintak maap sebab lupa saya copy dari mana resepi ni - anyway, kredit pada tuan punya resepi)

Bahan-bahan kek
4 biji telur saiz B
1 cawan minyak sayur/jagung/matahari

11/2 cawan gula castor
2 cawan tepung serbaguna
 2 st esen vanila
1 st baking soda

11/2 st baking powder
secubit garam

11/2 st serbuk kulit kayu manis
2 - 21/2 cawan lobak parut yang telah kering
1 cawan pecan/walnut yang telah dipanggang (saya tukar pada badam cincang + mix fruit)

Cara membuatnya
1. Ayak terlebih dahulu tepung, baking soda, baking powder, serbuk kulit kayu manis, garam n ketepikan.
2. Pukul telur (lebih kurang 1 minit).
3. Masukkan gula castor. Pukul lagi sampai kembang.
4. Masukkan esen vanila dan minyak. Pukul pada slow speed. (lebih kurang 1-11/2 minit)
5. Masukkan campuran tepung tadi. Pukul sebati.
6. Akhir sekali, masukkan parutan carrot dan kacang2. Gaul sebati dengan senduk.
7. Isi dalam loyang 9", 2 bekas. Bakar pada suhu 180C selama 25-30 minit. (Saya buat terus 1 loyang jek 9" - bakar selama 35-40 minit)
8. Dah siap, sejukkan dulu.
9. Kendian, bolehlah layerkan n toppingkan ngn cream cheese yek... ikut suka.

Bahan-bahan Cream Cheese
1/2 cawan butter (saya buat 1/4 jek)
8 ounces cream cheese (saya buat 225g cheese)
4 cawan gula aising - ayak dulu (saya buat 2 cawan)
1 st esen vanila

Cara membuat frosting cheese
1. Pukul butter.
2. Masukkan cream cheese. Pukul hingga rata.
3. Masukkan gula aising n pukul hingga kembang.
4. Masukkan esen vanila, gaul rata.

Cream cheese ni bolehla digunakan untuk melayerkan carrot cake n juga topping cake. kalo nak banyak, double tripple kan jek la resepi di atas. Untuk frosting ni, saya tambahkan sikit parutan kulit lemon untuk mengharumkan dan menyedapkan lagi cream cheese nih... x percaya, cubalah!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sweet Bite Enterprise Template by Ipietoon Cute Blog Design