Friday, 7 October 2011

Talam Jagung

Hai sekali lagik,

Siri 3 periuk kukus saya....ekekekkekeke..

Dah 2 kali dah saya buat apam polkadot guna trio tu... lepas tu saya pun pasang cita2 nak buat talam.. saya beli resepi talam tu ngn chef Asma. Semuanya ada 20 resepi..wwwooooooo banyaknyaaaaa..... mana satu saya nak buat.... kena carik yg senang2 dulu...

2-3 kali dah membelek2 resepi chef asma ni... masih tercari2 mana satu nak try dulu.... sudahnya, saya rasa resepi no. 1 paling senang kot... lagipun..kebanyakkan bahannya saya dah ada kat rumah.

Akhirnya..dengan semangat membara untuk menghasilkan talam menggunakan trio saya, akhirnya siap sudah adunan pertama saya... bolehla dikukus lapis pertama dulu.
Siap lapis pertama, saya tuangkan lapis atas di atas lapis pertama dan saya kukus lagik....

cukup time, bila dah siap, saya tak sabar2... tapi talamnya masih panas... so saya masukkan dalam peti ais. Saya biarkan semalaman. Keesokkan harinya, saya kluarkan, dan potong siap2 guna pembaris talam yg saya beli dari chef asma... dan bila saya rasa....aduusssss...sedapnyaaaaa.....sejuk, nyaman......  bagi saya, rasanya manis2 buah... saya suka! Suami saya pun puji.

So pagi tu, saya asingkan siap2 untuk dibawa ke sekolah untuk dirasa oleh rakan2 sekerja sayalah....mereka kan chef kehormat masakan saya!









TALAM JAGUNG

Lapisan Bawah
(A)
250gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 tbsp tepung ubi
350ml santan pekat
800ml air

(B)
100gm gula castor
1/2 tin jagung (sweet corn style)
sedikit pewarna kuning lemon
1/2 tsp garam

Cara-cara :-
1. Satukan kesemua bahan-bahan (A), kacau hingga sebati dan tapis ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan (B) ke dalam bancuhan (A).
3. Kacau atas api hingga naik wap dan tuang ke dalam Loyang 10" x 10" x 3" yang dialas dengan plastik 16" x 16".
4. Kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar dengan garfu, tuang lapisan atas dan kukus lagi selama 25 minit.

Lapisan Atas

150gm tepung gandum
150gm gula castor
250ml santan pekat
450ml air
2 biji telur
pewarna hijau
perasa pandan

Cara-caranya
1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapis ke dalam periuk.
2. Masak atas api sehingga naik wap. Apabila masak tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 25 minit. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dipotong.


Ok, dah salin? Lepas ni boleh la buat talam jagung yek.....

Ni la hasil talam yang saya buat....








Anyway, tq banyak2 pada chef asma di atas resepinya ni.... kredit kat chef Asma melalui blognya ---> http://chefasma.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...