Salam semua,
Lupa plak nak update pasal order kek dari Kak Husna. Ni kali kedua Kak Husna order.. TQ Kak Husna. Kali ni Kak Husna nak order carrot cake. Dulu mula2 kak husna nak cake ni hari Jumaat, 21/10 nanti... tapi ntahla camana boleh ubah tarikh suh cepat skit, nak hari Sabtu lepas... gamaknya, kak husna dah x sabar nak makan kek tu bila saya bawak 2 kek carrot ke sekolah untuk Yati n Ani. Terus kak husna ubah plan... oklah xpe, bolehla sebab saya xde urusan hari Sabtu...
So Jumaat malam tu, saya pun mulakanlah operasi memarut carrot, menimbang bahan2, memanggang walnut... Oh, ya... kali ni saya gantikan badam dengan walnut..sebab saya dah beli stok walnut... siap saja carrot cake... sementara menunggu kek sejuk, saya pun terus menyiapkan cream cheese... Akhirnya malam tu x ingatla pukul berapa, saya berjaya menyiapkan kek karot kak husna....
Pagi tadi, masa kat assembly, kak husna bagitau..2 ari jek kek tu dah abis... syukran kak husna satu family suka.... tq kak sebab order ngan saya..
Harga : RM40 (berdasarkan 1 adunan - lebih kurang +1kg, bahan : carrot parut + mix fruit + walnut + cream cheese)
Monday, 17 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment