Dalam pukul 10 malam lebih hari Selasa, saya dapat call dari Ustazah, dia nak order kek carrot 2 biji. Nak bawak pi hospital hari Khamis ni, nak jamu mak dia agaknya.
So, tadi malam, saya pun gedegang gedegung la kat atas meja makan menyiapkan order Ustazah. Memandangkan Ustazah 1st customer yg mencuba cake carrot saya, so saya cubalah membuat 2 kaedah... 1 saya bakar, 1 saya kukus. Apa yg dapat saya bezakan, kek kukus ni nampak lebih kemas... dan naiknya tu sekata jek. kalo yg dibakar tu, ada masa, kek saya naik tidak sekata, tinggi skit sebelah... anyway, xpelah...yg sneget tu boleh di "oter" kata org kampung saya...ekekekeke...
Akhirnya, malam tadi dalam pukul 9 lebih siaplah saya 2 biji carrot cake saiz 8" dan 8.5" berlayerkan 1 layer cream cheese.
Ini rupa carrot cake 8" yang dibakar
Ini plak yang dikukus saiz 8.5"
Saya x pastilah rasa mana yg lebih sedap... sebab sebelum ni saya x pernah kukus kek. Nampaknya Ustazah kita ni dah jadik Ustazah Pilihan untuk eksperimen saya.... ekekekek.. jangan marah ustazah. Lepas makan nanti, sila lah komen kek saya ni.... sebarang komen/aduan/pujian..saya terima dengan hati terbuka..demi memperbaiki kelemahan saya dna kek saya.... ehehehehehe.. :)
0 comments:
Post a Comment