Friday 7 October 2011

Kek Karamel


Saya kongsi satu lagik resepi yang saya buat menggunakan pencarian google... iaitu kek karamel.


RESEPI KEK KARAMEL


kredit to Dapur Mamasya 



(A)-Gula Hangus 

* 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
* *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
* Ketepikan dulu

- gantikan dgn madu.letak 2 sb tp manis..lain kali kurangkan.ratakan atas loyang. 


(B) - Bahagian Atas

* 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
* 70 gm gula kastor
* 1/2 sudu teh esen vanila
* 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

* 140 gm tepung gandum
* 70 gm gula kastor
* 3 bj kuning telur
* 135 ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder
* 45 ml minyak msk

(D) Merinque

* 6 bj putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tartar
TAMBAHAN : 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS..kek lebih lembut & sedap (",)

Cara membuatnya:

* Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
* masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
* pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
* pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
* campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
* bahgikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
* masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
* Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
* Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Sedap dimakan sejuk & tahan selama 5 hari di dalam peti ais







Kek karamel nih..sebenarnya sedap sangat... saya suka sngt kek nih.. tapi kejenya agak cerewet skit.... dan banyak keje.... tapi berbaloila dengan rasanya..... bila makan masa sejuk2...wwwooooooo...sedap bangat seh!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Sweet Bite Enterprise Template by Ipietoon Cute Blog Design